image

Buku ini adalah himpunan soal jawab bersama Dr. Rozaimi. Ianya wajar dimiliki oleh semua, kerana Dr. Rozaimi memberikan hujah yang sangat luas dalam membicarakan isu-isu berkaitan fikah dan lain-lain. 

Antara yang menarik adalah; 
:: Bolehkah sabun mengantikan tanah untuk menyucikan najis mughallazah? 
:: Apakah perbezaan antara Fikah dan Usul Fikah (Fikah)? 
:: Adakah salah mengamalkan ajaran daripada mazhab lain selain mazhab Imam asy-Syafi‘i? 
:: Adakah menyiram air di pusara seperti yang lazim dilakukan oleh sesetengah masyarakat Melayu kini ada sumbernya dalam Islam? 
:: Apakah dalil solat hajat dan solat taraweh? 

Serta banyak lagi persoalan menarik yang dijawab oleh Dr. Rozaimi. Selamat membaca.


Instructor Biography

Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tasek, Ipoh, kemudian di Sekolah Menengah Izzuddin Shah, Ipoh sehingga peringkat SPM pada tahun 2000. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di Jordan pada tahun 2001 dan mendapat ijazah dalam bidang Syariah di Mu’tah University of Jordan. Selepas pulang ke tanah air, beliau bekerja sebagai guru sandaran di sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh pada tahun 2006. Kemudian diberi peluang berkhidmatdi Majlis agama Islam Perak sebagai Pegawai Zakat pada tahun 2007. Pada tahun 2008, beliau dilantik menjadi tutordi Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Seterusnya menyambung pengajian Sarjana Hadis di Univeriti Islam Antarabangsa (UIA) pada tahun 2008 di bawah tajaan UPSI. 

Menyambung PhD di University of Jordan pada tahun 2011 juga di bawah tajaan UPSI dan tamat pengajian pada 1 Disember 2014. Beliau dilantik menjadi Pensyarah Kanan di UPSI pada tahun 2015 sehingga kini. Beliau juga memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.