image

Bidang sakit puan dan perbidanan merupakan satu bidang yang sangat mulia dan mencabar serta memerlukan pengorbanan yang tinggi daripada semua pihak. Khususnya umat Islam di negara kita.

Isu kekurangan doktor Muslimah dalam bidang sakit puan dan perbidanan telah menjadi barah yang kronik dan serius yang memerlukan perancangan jangka panjang berteraskan syariat Islam. Pelbagai pihak seharusnya bekerjasama untuk merealisasikan masalah fardu kifayah ini.

Hasil tulisan daripada buku ini yang bersifat unik, komprehensif, komtemporari dan penuh dengan 'evidence-based' perubatan Islam telah memberikan kefahaman yang mendalam berlandaskan syariat Islam di dalam bidang sakit puan dan perbidanan. Terutamanya kepada pesakit, doktor Muslimah dan bakal para doktor.

Penulis buku ini juga telah berjaya mengulas isi-isi penting bermula daripada asas pengenalan hinggalah kepada jalan penyelesaian. Secara tidak langsung dapat meningkatkan kefahaman pembaca untuk mengaplikasikan holistic approach in Islamic way of life dalam bidang perubatan. Khususnya bidang sakit puan dan perbidanan.


Instructor Biography

Zaharudin Muhammad dilahirkan di Kuala Terengganu, Terengganu. Mendapat pendidikan awal agama di Ma’had Darul Quran, Rusila, Marang, Terengganu. Beliau meneruskan pengajian agama di Institute Farfour, Damsyik dan menyertai kursus bahasa Arab di Universiti Damsyik. Beliau seterusnya mendalami ilmu agama di Universiti Al-Azhar dan pernah mendapat pencapaian pelajar asing terbaik (Jayyid Jiddan). Setelah itu, beliau melengkapkan ilmu pengajian Syariah di Universiti Kaherah, Mesir dalam bidang Syariah, pengkhususan Maqasid Syariyyah di dalam Zakat Galian (Makro Ekonomi) dengan keputusan Mumtaz (Cemerlang).

Penulis mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang Kewangan Islam, khususnya Takaful, dengan menyertai pembuatan produk Kewangan Islam seperti AIA Group sebagai Syariah Specialist dan lain-lain. Beliau juga merupakan bekas penyelidik di International Shariah Research Academy for Islamic Finance (ISRA), bekas penasihat Syariah di HSBC Amanah Takaful dan lain-lain. Sekarang ini, beliau merupakan pemilik kepada Al-Faqeeh Resources (Training & Publishing) sebagai Shariah Specialist, penasihat Syariah di Alliance Islamic Bank dan PruBSN Takaful. Selain daripada mempunyai kepakaran di dalam bidang Kewangan Islam, dengan asas Ilmu Syariah yang kukuh, beliau juga mempunyai kepakaran di dalam bidang perundangan Islam (Hudud, Qisas, Takzir dan Hisbah) serta di dalam bidang Perubatan Islam.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.