image
RM 39.00

Anak Anda Warna Apa Hari Ini? Panduan Keluarga Mengenali Cara Anak Belajar & Menggunakan AI dengan Bijak

 

Kenapa susah sangat nak suruh dia belajar?
Baru 10 minit, dah hilang fokus.
Cara yang menjadi dengan kakak, tak menjadi dengan adik.

Mungkin masalahnya bukan anak tak mahu belajar. Mungkin kita belum benar-benar faham cara dia belajar.

Dan hari ini, anak boleh dapat jawapan daripada AI dalam beberapa saat. Persoalannya: adakah mereka masih belajar?

"Anak Anda Warna Apa Hari Ini?" ialah panduan visual 54 halaman yang membantu ibu bapa mengenali 4 kecenderungan belajar anak (MERAH–BUAT, KUNING–LIBATKAN, HIJAU–DENGAR, BIRU–ULANG) dan menggunakan AI sebagai TUTOR, bukan mesin jawapan.

Dalam eBook ini anda akan dapat:
✓ Semakan pantas 12 tanda untuk mengenali warna anak anda dan warna anda sendiri
✓ 4 bab warna dengan situasi sebenar di rumah: kerja sekolah, UASA/SPM, adik-beradik dan gajet
✓ 12 prompt AI siap guna ikut warna anak, untuk sekolah rendah dan menengah
✓ PIDO™ untuk keluarga dan "5 ayat ajaib" supaya AI membimbing, bukan menyiapkan kerja
✓ Peraturan keselamatan dan Perjanjian AI Keluarga untuk ditandatangani bersama anak
✓ Cabaran 7 Hari, jurnal pemerhatian dan pelan 30 hari
✓ 30 prompt terbaik untuk anak dan ibu bapa

Ditulis oleh Coach Amirul Iskandar Mannan, bapa kepada tiga orang anak, Jurulatih Bertauliah HRD Corp dan CEO Yayasan Wiba Prima. Beliau telah melatih lebih 50,000 peserta, termasuk lebih 3,000 guru, sepanjang lebih 20 tahun dalam latihan dan bimbingan.

Sesuai untuk ibu bapa anak sekolah rendah dan menengah, guru dan pendidik.

Lain anak, lain cara belajarnya. Dapatkan sekarang pada harga pelancaran.

Format: PDF, 54 halaman, Bahasa Melayu.
Nota: Panduan refleksi, bukan diagnosis atau ujian psikologi.


Goals/Objectives

Melalui eBook ini, saya mahu membantu ibu bapa berhenti meneka dan mula memahami cara anak mereka belajar, serta menggunakan AI sebagai tutor yang membina pemikiran anak, bukan mesin jawapan.

Objektif pembelajaran:
• Mengenali 4 kecenderungan belajar anak dan warna ibu bapa sendiri
• Menyesuaikan cara membantu anak di rumah mengikut kecenderungannya
• Menulis prompt AI yang jelas menggunakan PIDO™
• Menetapkan peraturan keselamatan dan adab penggunaan AI dalam keluarga
• Membina rutin pembelajaran melalui Cabaran 7 Hari dan pelan 30 hari

Topik yang saya ajar:
• Kenali Personaliti Belajar Anak (KPBA) untuk ibu bapa dan guru
• Belajar Lebih Bijak dengan AI untuk keluarga dan pelajar
• AI dan ChatGPT untuk produktiviti, guru dan pendidik
• Komunikasi visual (Visual Leaders, Visual Teachers, Visual Students)
• Kepimpinan berteraskan manusia dalam era AI

Tersedia untuk ceramah sekolah, PIBG, bengkel ibu bapa dan latihan guru, secara bersemuka atau dalam talian.

Instructor Biography

Coach Amirul Iskandar Mannan ialah jurulatih, penulis dan penceramah dari Malaysia yang memberi tumpuan kepada penggunaan AI secara praktikal, komunikasi visual, kepimpinan dan pembangunan insan.

Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang latihan dan bimbingan, beliau telah melatih lebih 50,000 peserta, termasuk lebih 3,000 guru, di lima negara serantau. Beliau bekerja bersama agensi kerajaan, syarikat korporat, universiti, sekolah, ibu bapa dan organisasi komuniti.

Beliau ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wiba Prima dan Jurulatih Bertauliah HRD Corp. Beliau berkelulusan Kejuruteraan Elektrik dari Queen's University, Kanada, dan merupakan penulis buku Work Smarter Not Harder serta Rahsia AI Advantage: 300+ Prompt Guru AI.

Beliau mencipta kerangka PIDO™ untuk membantu orang berfikir dengan jelas sebelum memberi arahan kepada AI, serta program Kenali Personaliti Belajar Anak (KPBA) untuk ibu bapa dan guru.

Sebagai bapa kepada tiga orang anak, beliau percaya bahawa lain anak, lain cara belajarnya. Pendekatannya menjadikan idea yang kompleks mudah difahami, mudah dilihat dan mudah diamalkan, dengan pertimbangan manusia sentiasa di tengah-tengah.

  • Unit 515 & 516, Block E, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1
    No. 9, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350,
    Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
  • +6 03-7931 0622
  • [email protected]

Copyright © 2025 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.