Syarat Kelayakan Masuk:
Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kredit termasuk Matematik; dan lulus Bahasa Inggeris; atau
Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 dalam bidang yang berkaitan; DAN lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya 2 kepujian termasuk Matematik dan lulus Bahasa Inggeris; atau
Lulus Sijil (Tahap 3, MQF) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau
Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam satu (1) mata pelajaran; DAN kepujian dalam mata pelajaran Matematik dan lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM; atau
Lulus STAM pangkat Maqbul; dan kepujian dalam mata pelajaran Matematik dan lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM; atau
Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara.
Prospek Kerjaya:
Penolong Akauntan, Penolong Pegawai Akaun, Penolong Pegawai Kewangan, Pembantu Audit, Penolong Pegawai Pecukaian, Guru, Usahawan dll.
Graduan boleh berkhidmat di Sektor Awam, Swasta, Badan Berkanun, Firma Perakaunan, Firma Audit, Firma Percukaian, Syarikat Takaful, Bank dan lain-lain syarikat dalam pelbagai industri.
Prospek Melanjutkan Pengajian ke Peringkat Lebih Tinggi:
(a). Layak melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Awam dan Universiti Swasta dalam dan luar negara yang mengiktiraf lulusan KUIS.
(b). KUIS juga menyediakan peluang melanjutkan pengajian ke program berikut:
i. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)
ii. Lain-lain program ijazah sarjana muda KUIS yang bersesuaian.
Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.