Pertandingan Melukis Kreatif Dan Mewarna Peringkat Kebangsaan

Tema
"Malaysia Masa Hadapan"


Tarikh mula: 22 September 2022
Tarikh akhir: 21 Oktober 2022

Cara Menyertai Pertandingan







product-view

Drawzania Premium

Category :  Videos
Publisher :  Drawzania
( 35475 )     ( 4 )

Syarat-syarat Penyertaan

  • Terbuka kepada pemilik akaun Drawzania Premium di platform MindAppz sahaja
  • Jika berminat untuk memiliki akaun Drawzania Premium boleh pilih salah satu pakej diatas.
  • Tiada yuran penyertaan.
  • Terbuka kepada kategori di bawah:
  • Kategori A : 4-6 tahun
  • Kategori B : 7-9 tahun
  • Kategori C : 10-12 tahun
  • Kategori D : 13-15 tahun
  • Kategori E : 16-17 tahun
  • Lukisan perlu menepati tema "Malaysia Masa Hadapan".
  • Lukisan yang dihasilkan perlu merujuk demo video di dalam Drawzania Premium bertajuk BSC Children01 54 Robot 06. Peserta boleh menambah pelbagai elemen mengikut kreativiti di latar belakang lukisan tersebut.
  • Penggunaan pensel warna sahaja dibenarkan. Penggunaan media lain tidak dibenarkan.
  • (Rujuk contoh lakaran yang diberikan: link kepada cara menghasilkan lukisan dan warna).
  • Lukisan yang dihasilkan perlu menggunakan peralatan dan kertas lukisan bersaiz A4 sahaja.
  • Borang penyertaan perlu diisi lengkap (Rujuk cara-cara menghantar penyertaan).
  • Hasil lukisan hendaklah asli dan daripada idea sendiri.
  • Hanya 1 penyertaan sahaja dibenarkan untuk 1 akaun Drawzania Premium.
  • Hasil lukisan perlu dihantar bersama borang penyertaan secara atas talian yang disediakan dalam akaun Drawzania Premium. Pastikan akaun Drawzania Premium masih aktif semasa menghantar penyertaan.
  • Pihak penganjur BERHAK menolak penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Pihak penganjur BERHAK menggunakan lukisan yang dihantar dalam pertandingan ini bagi tujuan promosi, penerbitan atau paparan di media cetak, media sosial dan media elektronik.
  • 20 lukisan kreatif terbaik dalam setiap kategori akan dipilih untuk melalui proses seterusnya. Peserta terlibat akan dihubungi melalui email oleh pihak penganjur.
  • Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan tidak boleh dipertikaikan.
  • Pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur. Pemenang terpilih perlu menghantar hasil karya asli kepada pihak penganjur sebagai bukti pengesahan.
  • Hadiah pemenang adalah MUKTAMAD dan tidak boleh dipertikaikan.

Latar Belakang Program

Kemahiran melukis amatlah diperlukan oleh semua pelajar bukan semata-mata untuk seni tetapi untuk memastikan idea-idea kreatif dan inovatif dapat dizahirkan (freehand visualize) secara berkesan dan efektif. Proses ini akan menjadikan pelajar-pelajar menjadi bijak dan kreatif. Pembudayaan kemahiran melukis untuk menzahirkan idea (Freehand Visualization Skills: FVS) di kalangan pelajar-pelajar sekolah sangat penting dalam pembentukan generasi Masyarakat Pencipta serta menyokong usaha Pembelajaran Abad Ke-21. Sehubungan dengan itu, pihak MindAppz ingin menyokong usaha ini dalam mencadangkan Pertandingan Melukis Kreatif dan Mewarna Peringkat Kebangsaan 2022. Pertandingan ini akan memberi ruang kepada pelajar-pelajar mempertingkatkan kemahiran melukis mereka. Pertandingan melukis kreatif dan mewarna ini amat unik kerana menggunakan pendekatan DRAWZANIA yang diformulasikan oleh rakyat Malaysia dan diguna pakai di seluruh dunia.

Matlamat dan Objektif

Matlamat utama Pertandingan Melukis Kreatif dan Mewarna ini diadakan untuk mewujudkan generasi “Masyarakat Pencipta” dalam menyokong usaha KPM untuk PAK-21 dan Malaysia menuju ke arah negara maju. Salah satu kriteria negara maju adalah majoriti rakyatnya berupaya mencipta dan menzahirkan idea-idea kreatif mereka.

Objektif Pertandingan Melukis Kreatif dan Mewarna

  • Untuk membolehkan pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan ini menambah skor merit mereka melalui Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
  • Untuk memperkukuhkan kemahiran melukis pelajar-pelajar dalam menzahirkan idea-idea bernas dan kreatif. Kemahiran ini sangat penting untuk komunikasi visual spontan dalam proses pembelajaran abad ke-21.
  • Untuk membudayakan kemahiran melakar dan melukis dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah di Malaysia bertujuan mewujudkan generasi “Masyarakat Pencipta”. Kemahiran ini membolehkan pelajar-pelajar menzahirkan idea-idea kreatif daripada minda cipta secara efektif dan berkesan.

Copyright © 2022 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.