MindAppz
8 years

Telah banyak kajian yang mencadangkan bahawa lidah buaya boleh dijadikan sabagai satu kaedah rawatan berkesan kepada ulser mulut.
Dalam satu kajian selama 7 hari ke atas, terdapat 180 respondan yang kerap mendapat ulser mulut, mereka diberi sedikit cebisan gel lidah buaya untuk disapu pada ulser tersebut setiap hari. Walaupun tidak setanding dengan ubat farmasi seperti Bonjela atau produk yang mengandungi cortocosteroids yang lain, tetapi tidak dinafikan bahawa ia boleh dijadikan sebagai satu alternatif yang berkesan.
Dalam kajian yang lain, mendapati bahawa gel daripada lidah buaya bukan sahaja boleh merawat ulser, malah mengurangkan rasa sakit.

Copyright © 2025 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.