image

Model Pelan Pemakanan Halalan Toyyiban merupakan sebuah buku yang bersifat umum berkenaan pengambilan makanan secara halal. Buku ini memberikan pendedahan kepada para pembaca mengenai konsep model pelan pemakanan halalan toyyiban secara ringkas. Para pembaca akan memahami gambaran tentang panduan pemilihan sumber makanan dan minuman secara umum. Buku ini memberikan pengenalan ringkas mengenai panduan pemilihan jenis makanan dan minuman berdasarkan kod panduan yang ditetapkan. Para pembaca juga akan didedahkan dengan panduan kaedah pengambilan makanan dan minuman secara terperinci. Buku ini sesuai digunakan sebagai sumber rujukan kepada semua pembaca yang ingin memahami konsep pemakanan halal. Selain itu, buku ini juga sesuai dijadikan sebagai panduan kepada para pelajar, guru, pensyarah serta mereka yang ingin memahami dalam bidang pemakanan halal.


Instructor Biography

Mohammad Amir Wan Harun merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul Mu'tah University, Jordan pada tahun 2012. Menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah Halal program fast track di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2016. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

 

Ahmad Syukran Baharuddin merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul Fiqh (dengan kepujian) Mu'tah University, Jordan. Menyambung Ijazah Sarjana Fiqh dan Usul Fiqh di Mu'tah University sebelum ditawarkan pengajian peringkat Doktor Falsafah Fiqh Sains dan Teknolgi program fast track di Universiti Teknologi Malaysia. Berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.