image
RM 40.00

Figura bernama Puteh Mariah merupakan seorang tokoh politik wanita berjuang untuk memberikan kesedaran erti kemerdekaan di Tanah Melayu sekitar tahun 1964 hingga 1957. Ketokohan, perjuangan dan peranan beliau dalam memberi kesedaran khususnya kepada kaum wanita dan orang Melayu tentang hak sebagai pribumi yang diinjak-injak oleh penjajah. Penulisan ini mengetengahkan ketokohan beliau sebagai seorang ahli politik, menyusuri perjuangan beliau dari aspek politik, pendidikan, sosioekonomi dan kebajikan orang Melayu. Beliau adalah Ketua Kaum Ibu UMNO yang pertama namun kisahnya kurang diperkatakan oleh para pengkaji dan juga politikus masa kini.


Goals/Objectives

Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada para ilmuan,ahli sejarah, pelajar-pelajar dan sesiapa sahaja yang berminat untuk mendalami sedikit sebanyak tentang perjuangan politik di Tanah Melayu sebelum tercapainya kemerdekaan.

Instructor Biography

Dr. Mohamed Jefferi bin Haji Mat Lazim merupakan anak kelahiran Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak. Lahir pada tanggal 14 Februari 1969, merupakan anak kelima daripada enam adik-beradik. Mendapat pendidikan awal di SK Sultan Idris II, Kuala Kangsar dan meneruskan pelajaran di SMK Clifford, Kuala Kangsar. Mendapat latihan Iktisas Sijil Perguruan Asas di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. Melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Sejarah) di USM, Ijazah Sarjana Sastera (Sains Politik) di UKM dan Ijazah Doktor Falsafah (Sejarah Malaysia) di UPSI. Beliau berpengalaman luas dalam bidang pendidikan melebihi 30 tahun, sejak 1990. Mula bertugas di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh sejak Ogos 2007 dan kini merupakan Pensyarah Kanan Akademik di Unit Kajian Sosial, Jabatan Sains Sosial, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak. Merupakan Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Perak (2019-2022) dan ahli dalam Persatuan Sejarah Lisan Malaysia.

Profesor Dr. Haji Ishak Saat merupakan anak kelahiran Sitiawan, Perak. Beliau berpengalaman luas dalam bidang pendidikan melebihi 35 tahun, sejak 1988. Pernah bertugas sebagai Pensyarah Cemerlang di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun, Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Pengarah Muzium Pendidikan Nasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris (2010-2011). Kini merupakan mantan Profesor di Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

  • Unit 515 & 516, Block E, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1
    No. 9, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350,
    Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
  • +6 03-7931 0622
  • [email protected]

Copyright © 2025 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.