image

Buku Sketching Interior adalah panduan lengkap untuk menguasai seni melakar reka bentuk dalaman secara bebas (freehand) dengan hasil yang profesional dan meyakinkan. Disusun oleh Dr. Ruzaimi Mat Rani, buku ini membimbing anda secara langkah demi langkah, daripada asas garisan dan perkadaran, teknik perspektif, hingga menghasilkan lakaran yang penuh perincian dengan bayang, tekstur, dan warna. Anda akan belajar cara memvisualisasikan susun atur ruang, perabot, pencahayaan, dan elemen dekorasi supaya setiap idea dapat disampaikan dengan jelas kepada klien atau audiens. Pendekatan Visualization Through Freehand (VTF) yang digunakan membolehkan anda melakar dengan pantas tanpa mengorbankan ketepatan atau kreativiti. Sesuai untuk pelajar, pereka bentuk dalaman, arkitek, pendidik, dan sesiapa yang ingin meningkatkan kemahiran komunikasi visual. Miliki buku ini hari ini, dan jadikan lakaran anda sebagai medium yang bercerita, mempengaruhi keputusan, dan memukau sesiapa sahaja yang melihatnya.


Goals/Objectives

Matlamat Utama

Buku Sketching Interior bertujuan memperkenalkan pendekatan mudah dan sistematik untuk melakar ruang dalaman dengan menggunakan teknik asas, termasuk kotak imaginasi (imaginary box) dan teknik pewarnaan pensel berwarna. Matlamatnya adalah membantu masyarakat – khususnya pelajar, pendidik, pereka bentuk, dan orang awam – memahami serta menguasai kemahiran melakar ruang dalaman bagi menzahirkan idea dengan lebih yakin,

Objektif

  1. Menguasai Teknik Kotak Imaginasi
    Membimbing pembaca menggunakan kotak imaginasi untuk menyusun dan membentuk elemen utama, sekunder, dan tertiari dalam ruang dalaman dengan betul dari segi perkadaran dan orientasi.

  2. Meningkatkan Kreativiti dan Keyakinan Visual
    Menggalakkan masyarakat melakar idea dalaman dengan ringkas tetapi berkesan, sekaligus menjadikan visualisasi lebih mudah difahami oleh orang lain.

Buku ini penting kerana ia membuktikan bahawa kemahiran melakar interior bukan hanya untuk golongan berbakat, tetapi boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja. Ia menyumbang kepada pembinaan masyarakat visual yang kreatif, yakin, dan berdaya cipta dalam menzahirkan idea ruang dalaman.

Instructor Biography

Dr. Ruzaimi Mat Rani ialah pengasas Visual Communication Through Freehand (VCTF), penulis prolifik dan jurulatih berpengaruh yang menjadikan lakaran spontan sebagai alat strategik untuk menyelesaikan masalah, meningkatkan produktiviti dan memacu inovasi. Program latihan yang berjaya beliau perkenalkan adalah: Visual Leaders untuk organisasi kerajaan dan korporat, Visual Teachers untuk guru-guru, Visual Parents untuk ibu bapa, Visual Students untuk pelajar, serta Bengkel Perspektif khusus untuk pendidik dan pelajar reka bentuk. Buku terbaru seperti Profits from Visuals, beliau menekankan bahawa salah komunikasi menelan kerugian bilion dolar setiap tahun. Melalui pendekatan dinamik dan visi besar, beliau menempatkan komunikasi visual sebagai aset nasional untuk masa depan yang lebih jelas dan berkesan.

  • Unit 516, Block E, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1
    No. 9, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350,
    Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
  • +6 03-7772 5259
  • [email protected]

Copyright © 2025 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.