Mahir Melukis Dalam 30 Hari


Buku Mahir Melukis dalam 30 Hari adalah panduan lengkap untuk membantu anda menguasai kemahiran melukis dengan cepat, mudah, dan menyeronokkan. Disusun oleh Dr. Ruzaimi Mat Rani, buku ini menggunakan pendekatan Visualization Through Freehand (VTF) dan kaedah O.U.C (Observe, Understand, Create) yang terbukti berkesan. Anda akan dibimbing melalui latihan berstruktur selama 30 hari, bermula daripada garisan asas, bentuk mudah, sehingga menghasilkan objek dan perspektif yang kompleks. Setiap langkah disokong dengan akses kepada 15 kategori video interaktif melalui platform Drawzania, memastikan anda dapat belajar secara visual dan praktikal. Buku ini bukan sekadar mengajar melukis, tetapi juga membantu meningkatkan kreativiti, ketajaman pemerhatian, dan kemahiran komunikasi visual. Sesuai untuk pelajar, guru, pereka bentuk, atau sesiapa sahaja yang mahu melukis dengan yakin. Miliki buku ini hari ini, dan mulakan perjalanan kreatif anda untuk menjadi mahir melukis dalam masa hanya sebulan. 26 muka surat
Goals/Objectives
Matlamat Utama
Buku Mahir Melukis dalam 30 Hari bertujuan membantu masyarakat – terutamanya pelajar, ibu bapa, dan pendidik, menguasai kemahiran melukis secara sistematik dalam tempoh singkat. Matlamatnya adalah menjadikan melukis sebagai asas pemikiran kreatif, komunikasi visual, dan pembelajaran efektif, sekali gus melahirkan masyarakat yang lebih bijak, kreatif, dan berkeyakinan
Objektif
-
Mengatasi Masalah Kegagalan Menzahirkan Idea
Membimbing masyarakat untuk tidak sekadar berfikir, tetapi mampu menzahirkan idea secara visual yang jelas dan berkesan. -
Menghubungkan Lukisan dengan Kreativiti
Memberi kesedaran bahawa semua orang boleh menjadi kreatif dengan latihan melukis yang mudah dan berstruktur. -
Memanfaatkan Platform Digital (Drawzania)
Menyediakan panduan penggunaan video demo interaktif berbentuk stop motion yang memudahkan pembelajaran melukis langkah demi langkah. -
Membentuk Disiplin Visual melalui Latihan 30 Hari
Menekankan amalan harian dengan kaedah O.U.C (Observe, Understand, Create) sebagai cara praktikal untuk membina tabiat melukis yang konsisten.
Buku ini penting kerana ia memberi solusi kepada masalah besar masyarakat: bijak berfikir tetapi gagal melakar idea. Dengan latihan 30 hari yang terancang, sesiapa sahaja boleh menguasai kemahiran melukis untuk belajar, bekerja, dan berkomunikasi secara lebih kreatif dan produktif.
Instructor Biography
Dr. Ruzaimi Mat Rani ialah pengasas Visual Communication Through Freehand (VCTF), penulis prolifik dan jurulatih berpengaruh yang menjadikan lakaran spontan sebagai alat strategik untuk menyelesaikan masalah, meningkatkan produktiviti dan memacu inovasi. Program latihan yang berjaya beliau perkenalkan adalah: Visual Leaders untuk organisasi kerajaan dan korporat, Visual Teachers untuk guru-guru, Visual Parents untuk ibu bapa, Visual Students untuk pelajar, serta Bengkel Perspektif khusus untuk pendidik dan pelajar reka bentuk. Dengan karya terkenal seperti Profits from Visuals, beliau menekankan bahawa salah komunikasi menelan kerugian bilion dolar setiap tahun. Melalui pendekatan dinamik dan visi besar, beliau menempatkan komunikasi visual sebagai aset nasional untuk masa depan yang lebih jelas dan berkesan.
Related Courses
Copyright © 2025 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.