image

Buku PhD for Mummies mengisahkan tentang perjalanan PhD daripada empat penulis buku ini iaitu Nurhayati, Nor Aida, Shahani dan Nurul Zuhairah. Keempat-empat 'mummy' ini masing-masing bergelut dengan pengajian PhD sewaktu anak-anak masih lagi kecil dan membesar. Walaupun banyak ujian dan cabaran yang dihadapi sepanjang membuat PhD, akhirnya berkat usaha, doa dan tawakal kepada Allah SWT, akhirnya mereka berjaya memperoleh PhD dalam bidang masing-masing. Pelbagai kisah menarik yang dikongsikan di setiap halaman buku ini. Ada kisah yang melucukan, menyedihkan, penuh tangisan dan sebagainya dikongsi di dalam buku ini untuk tatapan sahabat pembaca semua sebagai dorongan dan semangat untuk semua meneruskan usaha PhD kalian sehingga berjaya. Pengalaman yang dikongsi ini datang dari pelbagai negara dan pelbagai universiti, tempatan dan juga luar negara. Pengalaman membuat PhD di Malaysia, United Kingdom (UK) dan juga New Zealand.


Instructor Biography

NOR AIDA Abdul Rahman (Prof. Madya Dr) merupakan Ketua Jabatan Pengurusan Penerbangan di Universiti Kuala Lumpur, Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL-MIAT). Beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) dan Ijazah Sarjana Pendidikan Perniagaan Keusahawanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau telah berkhidmat selama lebih 10 tahun bersama Universiti Kuala Lumpur dan telah menghasilkan tiga buah buku berkenaan PhD sebelum ini. Beliau juga baru menerbitkan sebuah buku akademik bersama penerbit antarabangsa iaitu Routledge, UK (di bawah Taylor & Francis Group). Beliau juga merupakan 'certified Halal Trainer' JAKIM dan memperolehi "chartered member" bersama badan professional antarabangsa, Chartered Institut of Logistics and Transport. Beliau juga aktif sebagai penyelidik utama untuk geran penyelidikan di peringkat university dan nasional, serta aktif dalam menerima jemputan sebagai penceramah dan pegawai latihan di dalam Malaysia, dan juga di luar Malaysia. Penyelidikan utama beliau merangkumi strategi dan rantaian bekalan, logistik, pengurusan penerbangan dan Halal logistik.

 

SHAHANI Aman Shah (Ts Dr) merupakan Ketua Jabatan Avioniks di Universiti Kuala Lumpur, Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL-MIAT) dan telah berkhidmat di sana selama 19 tahun. Beliau telah dianugerah Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dari Valparaiso University, Indiana, Amerika Syarikat pada tahun 1999. Pada tahun yang sama, beliau ditawarkan untuk mengikuti latihan penyelenggaraan pesawat di Houston Texas. Lanjutan daripada itu, beliau telah memperoleh Lesen "Airframe and Powerplant" (A&P). Beliau juga adalah merupakan pemegang General Radio Operator License (GROL) iaitu lesen yang keluarkan oleh Federal Communication Commission, USA (FCC) untuk mereka dalam pengkhususan avioniks. Pada tahun 2007, beliau telah berjaya menamatkan pengajian di UKM dan dianugerahkan Masters of Sains di dalam bidang microelektroniks. Beliau telah dianugerah "Phd in Aerospace" daripada Cranfield University, United Kingdom. Tajuk PhD beliau adalah "System Level Airborne Avionics Prognostics Methodology'. Pengalaman luas beliau dalam membangunkan program aviation maintenance terutamanya di dalam pengkhususan avioniks adalah terlalu berharga kerana, ini adalah program avioniks pertama yang telah ditawarkan di Malaysia dan mendapat pengiktirafan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia. Beliau kini aktif menjadi panel penilai luar bagi beberapa universiti dan kolej bagi tujuan akreditasi dan penilaian kertas soalan bagi program penyelengaraan pesawat.

 

NURUL ZUHAIRAH Mahmud Zuhudi (Dr) ialah pensyarah kanan dan sedang menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Pascasiswazah di Universiti Kuala Lumpur, Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL-MIAT). Beliau telah bergraduat dan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, University of Auckland, New Zealand. Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Aeroangkasa dan "Master of Science" (Aeroangkasa) di Universiti Putra Malaysia sebelum bertugas sebagai pensyarah teknikal di Jabatan Aeroangkasa, UniKL-MIAT. Beliau terlibat secara langsung dalam bidang pengajaran kejuruteraan penyelenggaraan pesawat dan mempunyai pengalaman latihan industry di industri aeroangkasa di dalam dan luar negara. Beliau adalah tenaga pengajar yang sering terlibat mengajar bidang latihan pembaikpulih komposit pesawat (Aircraft Composite Repair) serta beberapa bidang kejuruteraan penyelengaraan yang lain dan telah mengikuti latihan khas di Airbus, France. Beliau juga sering terlibat dengan seminar dan kursus berkaitan dengan pengajian pascasiswazah dan berkolaborasi rapat dengan penyelidik di dalam dan luar UNIKL-MIAT serta industri. Beberapa hasil kajian beliau telah berjaya diterbitkan di beberapa jurnal akademik di peringkat tempatan dan antarabangsa, terutamanya dalam bidang berkaitan biokomposit, pembuatan komposit dan teknologi dan pembaikpulih badan pesawat komposit. Beliau juga aktif sebagai penyelidik di bawah kluster Aerocomposite di UniKL.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.