Seorang Pelukis dan Ahli Sifir
Kisah empat orang sahabat daripada keturunan dan latar belakang keluarga berlainan yang cuba mendalami makna bahasa alam. Fayyaz, seorang anak watan yang memiliki bakat melukis sejak kecil tetapi takut akan nombor. Ah Tee, anak kepada seorang peniaga kedai runcit yang penuh disiplin dan cerdas dalam mengira. Badrul bercita-cita menjadi seorang jurutera dan Alex pula pintar bermain alat muzik. Berbekalkan bakat semula jadi yang berbeza, mereka belajar melihat dunia dengan hati yang terbuka sehingga mampu menterjemahkan fenomena kehidupan dengan menggunakan pemahaman mereka terhadap konsep matematik.
Melalui naratif persahabatan, aktiviti harian dan perbualan, pengalaman mereka menyedarkan kita bahawa matematik bukan sekadar tentang nombor, tetapi juga tentang seni kehidupan yang ditulis dalam bahasa logik, dijiwai dengan rasa ingin tahu dan dilakar dengan kasih sayang.
Instructor Biography
Ahmad Lutfi Anis ialah seorang Profesor Madya dalam bidang fizik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak. Buku ini ialah buku keempat beliau. Karya sulung beliau yang berjudul If You Want To Lose Weight, Go To The Moon! telah meraih Anugerah Buku Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) dan Anugerah Buku Negara pada tahun 2023. Buku kedua beliau berjudul When The World Smells of Coffee, telah menerima Anugerah Buku Negara 2024-2025 bagi Kategori Kesusasteraan dan Kreatif. Buku Oh Bulan! yang diterbitkan dalam tahun 2025 pula merupakan terjemahan bahasa Melayu buku pertama beliau.
Roziah Mohd Janor ialah tokoh akademik yang berpengalaman luas dalam bidang matematik, statistik dan penyelidikan. Beliau pernah berkhidmat sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Profesor dalam bidang statistik di Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM. Datuk Dr. Roziah banyak menyumbangkan kepakaran beliau dalam bidang metodologi penyelidikan dan analisis data. Beliau seorang yang komited dalam menjadikan matematik dekat dengan masyarakat melalui penulisan dan pendidikan.
Related Courses
Copyright © 2025 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.