image

Buku ini boleh dijadikan panduan asas kepada pengurus pasukan yang dilantik untuk memahami asas-asas penting yang perlu diketahui oleh seseorang pengurus pasukan termasuklah memahami peranan staf dalam pasukan, peranan dan tanggungjawab seorang Pengurus Pasukan, pelantikan staf, bagaimana untuk membentuk dan membina sesebuah pasukan bola sepak, panduan menentukan hal tuntutan gaji dan ganti rugi, memahami sifat-sifat dan personaliti pemain, pelantikan ketua pasukan, panduan untuk percakapan pasukan (team talks) sebelum perlawanan, semasa perlawanan dan selepas perlawanan dan juga pemahaman tentang formasi permainan yang digunakan oleh jurulatih. Pemahaman serta panduan berhubung dengan perkara-perkara yang terkandung dalam buku ini sebenarnya sangat penting untuk diketahui oleh seseorang pengurus pasukan bola sepak agar mereka yang dilantik ini memiliki pengetahuan asas dan mampu untuk menjadi seorang pengurus yang berkaliber dan dihormati oleh seluruh anggota pasukan.


Instructor Biography

Dr. Pekan Ramli mendapat Ijazah Sarjana (M.Ed) dalam bidang Pengurusan Sukan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan Sukan dari Universiti yang sama. Penulis merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi di UiTM dan kini dipinjamkan di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai Ketua Seksyen Sukan mulai September 2019 sehingga kini. Memiliki pengalaman luas dalam bidang pengurusan sukan dan media sukan sebagai Pengulas Sukan di saluran sukan Astro Arena dan Fox Sports International Channel serta Pengulas Bola Sepak di Malaysian Football League (MFL). Beliau juga merupakan wartawan Penyiaran Kanan Sukan TV3 serta Penganalisis Sukan negara yang banyak menghasilkan penerbitan buku berkaitan pengurusan acara sukan, media sukan serta isu sukan semasa di media cetak dan dalam talian serta kemunculan di program talk-show sukan di televisyen. Beliau juga banyak terbabit dalam merangka pelbagai dasar, program, kurikulum akademik untuk pelbagai agensi dan kementerian berkaitan sukan dan juga untuk Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.