Koleksi Beribu-Ribu Pantun UiTM di Hatiku Jilid 1
Himpunan beribu-ribu kenangan, kisah suka duka, kisah lucu, rahsia dan harapan warga UiTM telah dirakamkan dalam nukilan pantun empat kerat. Pantun dan budaya Melayu berpisah tiada sejak dahulu lagi. Namun kini, ia seakan dipandang sepi. Seni berpantun tidak lagi diamalkan sebagaimana zaman dahulu kala. Seni ini seharusnya dipelihara biarpun zaman beralih dan generasi bertukar ganti.
Pantun adalah warisan yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Pantun dapat menyampaikan mesej dengan gaya yang ringkas melalui penggunaan bahasa yang dapat menunjukkan kehalusan budi dan ketinggian akal penyampainya. Kiasan dalam pantun bukan hanya sebagai satu metafora tetapi juga menjadi nasihat dan ilmu.
Buku Koleksi Beribu-Ribu Pantun UiTM di Hatiku Jilid 1 dan Jilid 2 ini telah berjaya menghimpunkan 16,828 rangkap pantun yang mengungkapkan rasa kasih, sayang, cinta dan ingatan terhadap UiTM. Semoga koleksi beribu-ribu pantun ini dapat mengembalikan nostalgia terhadap UiTM dan ITM sekali gus menjadi pembakar semangat warganya untuk terus mengukuhkan lagi UiTM sebagai universiti terbilang dan cemerlang.
Instructor Biography
Projek Khas Pejabat Naib Canselor
Related Courses
Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.