image

Program STEM merupakan pendidikan integrasi antara mata pelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Program STEM di peringkat kebangsaaan merupakan satu usaha padu melibatkan beberapa kementerian dan agensi kerajaan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC), Malaysian Industry-Government High Technology (MIGHT) dan Akademi Sains Malaysia (ASM); organisasi-organisasi bukan kerajaan (NGOs) serta pelbagai industri berteraskan sains untuk membantu meningkatkan kadar penglibatan pelajar Malaysia dalam bidang STEM. UiTM tidak terkecuali dalam usaha sama menggembleng tenaga pakar dalam mendepani cabaran tersebut.

Modul STEM di Hati mengetengahkan konsep, pendekatan serta proses pembelajaran bersepadu STEM dalam konteks penyelesaian masalah. Kandungan modul telah dibangunkan dengan mengambil kira agar aktiviti yang dilaksanakan sesuai untuk semua peringkat umur. Penekanan lebih berkisar kepada konsep sains dan matematik dalam kehidupan sebenar berserta teori dan amali Pendekatan bersepadu Program STEM UiTM dirasakan sesuai serta mampu mendatangkan manfaat kepada anak-anak Malaysia.


Instructor Biography

NABILAH ABDULLAH (Dr) mempunyai kelulusan PhD dalam bidang Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau merupakan penggerak STEM di peringkat UiTM semasa bertugas di Pusat Perancangan dan Maklumat Strategik (CSPI) dan terkini, beliau menyandang jawatan sebagai Dekan Fakulti Pendidikan UiTM. Nabilah juga mempunyai Ijazah Sarjana (Psychology in Education) dari University of Sheffield, UK dan dwi-ljazah Sarjana Muda Sains (Biology) dan Sastera (Psychology) dari Indiana University, Bloomington, USA. Bidang penyelidikan beliau kebanyakannya merangkumi aspek pendidikan sains, psikologi pendidikan dan isu-isu berkaitan pendidikan guru.

HASYIMAH ABDUL RAHIM mempunyaI Ijazah Sarjana Muda Sains dengan kepujian (Biologi) dari Universiti Teknologi MARA. Beliau sedang berkhidmat di Pusat Perancangan dan Maklumat Strategik (CSPI) di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) sebagai pegawai penyelidik sosial dan aktif dalam penyelidikan yang melibatkan penyelidikan institusi dan berkaitan kajian penilaian outcome.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.