image

Modul Kemahiran STEM: Simulasi Permainan Rakyat Berteknologi Augmented Reality (AR-SiGaSTEM) merupakan suatu modul pengajaran yang digunakan sebagai panduan guru dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran secara dalam talian bagi murid tingkatan 1. Modul ini menekankan aspek kemahiran dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) dengan mengintegrasikan teknologi Realiti Terimbuh atau lebih dikenali sebagai Augmented Reality (AR). Modul ini turut mengaplikasikan aktiviti permainan berkonsepkan permainan rakyat di Malaysia iaitu permainan wau, gasing, dan baling tin. Modul Kemahiran STEM dibangunkan bertujuan khusus untuk membantu guru melaksanakan aktiviti yang kreati serta dapat memperkukuh kemahiran STEM dalam kalangan murid yang terdiri daripada kemahiran proses dan kemahiran teknikal.


Goals/Objectives

  • Membantu guru untuk memperkukuhkan kemahiran STEM dalam kalangan murid.
  • Digunakan sebagai bahan pengajaran tambahan dalam kemahiran STEM.

 

Instructor Biography

Laili Farhana Md Ibharim merupakan pensyarah kanan di Jabatan Sains Komputer & Teknologi Digital, Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kepakaran beliau adalah dalam bidang Pendidikan Multimedia. Kini beliau bergiat aktif dalam penyelidikan, perundingan, dan projek berkaitan gamifikasi, aplikasi virtual reality dan augmented reality, serta permainan digital untuk tujuan pembelajaran.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.