image

Rempah mempunyai banyak khasiat dan seringkali digunakan dalam penyediaan makanan. Namun, sejarah dan kepelbagaian penggunaannya hanya terkait dalam penyediaan masakan kari. Buku Rempah dan Kari cuba menerangkan bagaimana rempah mula digunakan di rantau Asia, khasiat dan kandungan sebatian kimia yang khusus dengan jenis rempah tertentu, dan bagaimana ia dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian. Kegunaan rempah dengan mengambil kira ramuan utama dan bagaimana ia berbeza menurut kandungan dalam ramuan dan dari mana ia berasal juga penting supaya penyediaan kari dapat dibandingkan berdasarkan rasa yang berlainan. Rempah yang digunakan kini telah disediakan dalam bentuk pes supaya mudah disimpan dan digunakan pada bila-bila masa. Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada peminat dan penyedia masakan yang berasaskan rempah dan kari.


Instructor Biography

SABAIANAH BACHOK merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Pengurusan Perkhidmatan Makanan UiTM Puncak Alam. Beliau telah berkecimpung selama 26 tahun dalam bidang pendidikan. Kerjaya dalam pendidikan bermula pada tahun 1992 sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Vokasional Pulau Langkawi dalam bidang bakeri dan konfeksioneri. Pada tahun 1998, beliau berhijrah ke UiTM hingga kini. Beliau merupakan lulusan PhD Sains Makanan (UKM), Sarjana Sains Makanan (UKM), Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan (UiTM), Diploma Pengurusan Institusi dan Katering (ITM) dan Sijil Perguruan Malaysia (Maktab Teknik). Bidang kepakaran beliau ialah pengurusan halal, inovasi, kualiti makanan dan pengurusan perkhidmatan makanan. Beliau adalah tenaga pengajar Halal Profesional Board, HACCP dan GMP. Beliau juga terlibat sebagai panel di Jabatan Pembangunan Kemahiran seperti Curriculum Competency Unit (COCU) to The Department Skill Development and Malaysian Government in Pastry & Bakery dan Written Material (WIM) to the Department Skill Development and Malaysian Government in Bakery dan terpilih sebagai pakar dan juri di World Skill Belia 2018 dan Professional Technologies Malaysian Board of Technologies (MBOT).

 

CHEMAH TAMBY CHIK berpengalaman mengajar selama 20 tahun dalam berbagai kursus seperti Pembangunan Produk Makanan, Jaminan dan Kualiti Makanan, Penilaian Sensori Makanan dan Piawaian Halal dalam Makanan di Malaysia. Chemah merupakan lulusan PhD dalam Sains Makanan (UKM), salah seorang jurulatih bertauliah HRDF dan Tenaga Pengajar Sistem Kualiti Halal yang diiktiraf oleh Halal Professional Board, JAKIM. Antara bidang kepakaran beliau termasuk melatih industri kecil dan sederhana mengenai kualiti makanan dan penyediaan makanan sihat dan selamat. Bidang kajian yang diminati Chemah termasuk Sistem Kualiti Makanan, Pembangunan Produk dan Pengurusan Halal. Beliau kini bertugas di Jabatan Pengurusan Perkhidmatan Makanan, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, UiTM Puncak Alam, Selangor.

 

NORADZHAR BABA merupakan seorang Pensyarah Kanan di Jabatan Pengurusan Perkhidmatan Makanan, telah mula berkhidmat di Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, UiTM sejak 2006. Beliau mengakhiri pengajian di peringkat Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah pemegang Sarjana Sains Makanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Sarjana Muda Sains dengan (Kepujian) Pengurusan Perkhidmatan Makanan, Diploma Pengurusan Hotel dan Sijil Perkhidmatan Hotel & Restoran ketiga-tiganya dari Universiti Teknologi MARA. Beliau juga merupakan ahli Tourism Education Association Malaysia (TEAM). Beliau sering memberi latihan dan ceramah dalam bidang food safety and nutrition, event management, housekeeping management, social protocol, customer service, dan team building kepada badan-badan kerajaan dan swasta. Beliau juga aktif dalam menerbitkan buku-buku ilmiah antaranya Human Resource Management for Hospitality, Foodservice Professional Laboratory Manual, Housekeeping Standard Operating Procedure dan Malaysia Dietary Guideline.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.