image

Malaysia mempunyai keunikan dari segi latar belakang masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum misalnya Melayu, Cina dan India yang mempunyai keistimewaan budaya masing-masing. Salah satu aspek yang menyumbang kepada keistimewaan masyarakat Malaysia ialah makanan tradisional yang merupakan salah satu warisan tradisi bagi setiap kaum. Dengan kepelbagaian makanan yang terdapat di Malaysia ini, sebenarnya dapat memberikan ruang dalam proses mengukuhkan ikatan perpaduan antara kaum yang secara tidak langsung menggambarkan tradisi kehidupan masyarakat Malaysia.

Dapur Malaysia: Khazanah Resipi Kegemaran Rakyat ini merupakan sebuah karya ilmu masakan mengenai penyediaan makanan dan perkembangan industri makanan. la mengupas penyediaan makanan dari segi kebersihan, keselamatan dan juga halal. Buku ini juga menyediakan resipi lengkap mengenai tatacara dan penyediaan makanan mengikut topik. Topik-topik yang disediakan adalah snek tempatan dan mi, masakan Melayu, India, Cina, kuih-muih tradisional dan masakan etnik seperti Jawa dan Bugis. la disusun dengan bahasa yang mudah difahami dan boleh menjadi rujukan kepada pelajar dan sesiapa sahaja yang ingin menyediakan makanan untuk keluarga dan tetamu.

Pembaca dapat mengenali dengan lebih mendalam makanan tradisi yang terkenal antara pelbagai jenis kaum di Malaysia. Selain itu, masyarakat dapat mengetahui tentang keistimewaan pada setiap jenis makanan tersebut yang mempunyai keunikan tersendiri yang mampu menarik kaum lain untuk cuba merasa.


Instructor Biography

Profesor Madya Ts Dr. Sabaianah Bachok merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Pengurusan Perkhidmatan Makanan dan pengetua Kolej Zamrud Baiduri dan Rafflesia UiTM Puncak Alam. Beliau memiliki PhD di dalam bidang Bidang Sains Makanan daripada UKM. Bidang masakan merupakan kerjaya pertama setelah menamatkan pengajian di peringkat Diploma, apabila menjadi pengurus di KFC Katering Services (1989-1990) serta menjadi guru di bidang Bakeri, Konfeksioneri dan Katering di Sekolah Menengah Vokasional Pulau Langkawi (1992-1997), bermula daripada tahun 1998 hingga kini berkhidmat di Fakulti Pengurusan Hotel di Dungun, Shah Alam dan juga Puncak Alam mengajar di dalam bidang masakan, pengurusan makanan berkualiti dan juga Halal.

 

Dr Firdaus Ahmad Fauzi adalah pensyarah kanan di Jabatan Pengurusan Perkhidmatan Makanan, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Universiti Teknologi MARA dan pengetua kolej Dahlia Kampus Puncak Alam. Memiliki pengalaman menarik di dalam bidang pengurusan dan penyajian perkhidmatan makanan, beliau pernah bekerja di pelbagai sektor perkhidmatan makanan seperti di kilang, pasaraya, hospital, restoran, katering dan di pelbagai syarikat ternama seperti Selangor Medical Centre, Kagumas Catering dan Brahim Airline Catering. Selain daripada itu, beliau adalah fasilitator dan jurulatih bertauliah untuk Kursus Asas Sijil Latihan Pengendalian Makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Beliau juga memiliki Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana di dalam bidang Pengurusan Perkhidmatan Makanan (UiTM) dan kini memiliki PhD beliau di dalam bidang Pengurusan Perkhidmatan Makanan (Kawalan dan Jaminan Kualiti Halal) di Pusat Pengajian Pengurusan, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.

 

Profesor Madya Dr. Zurinawati Mohi @ Mohyi adalah seorang pensyarah kanan di Jabatan Pengurusan Perhotelan, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Alam. Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Jabatan Pengurusan Hotel bermula pada Mac 1998. Mempunyai pengalaman luas dalam bidang perhotelan terutama di dalam bidang perkhidmatan makanan dan operasi banquet, dan juga pengurusan operasi restoran sebelum bergelar sebagai pensyarah. Beliau memiliki Diploma Pengurusan Perhotelan daripada IPP, NPC dan Ijazah Sajana Muda Pengurusan Perhotelan dairpada ITM. Beliau juga mempunyai memiliki Ijazah Master di dalam bidang Komunikasi Korporat daripada UPM. Pada tahun 2007, beliau mendapat pendidikan di peringkat Ijazah Kedoktoran Falsafah dalam bidang Marketing (pengkhususan service quality di dalam restoran industri) daripada Lincoln University, Canterbury, New Zealand dan menamatkan pengajian pada tahun 2013. Disamping mengajar beberapa kursus seperti pengurusan perkhidmatan di dalam hospitaliti industri dan pengurusan operasi restoran, beliau juga merupakan penasihat MQA di dalam bidang pengurusan perhotelan dan hospitaliti di Kolej dan universiti swasta di Malaysia.

 

Dr. Lovelyna Benedict Jipiu adalah pensyarah kanan di Jabatan Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Fakulti Hotel dan Pengurusan Pelancongan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) bermula pada tahun 1999. Beliau telah menamatkan pengajian di peringkat Kedoktoran Falsafah dalam bidang Keselamatan Makanan dan juga berpeluang mendapat pendidikan peringkat Ijazah Sarjana Sains Makanan dan Nutrisi di Universiti New South Wales, Sydney Australia (2003-2005). Mempunyai pengalaman yang luas di bidang keselamatan dan nutrisi makanan.

Aliffaizi Arsat, Pensyarah Kanan di Jabatan Pengurusan Perkhidmatan Makanan, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam. Meminati bidang masakan dan pemakanan sejak dari bangku sekolah lagi. Sering menjadi pekerja sambilan sebagai tukang masak di operator katering sekitar Kuala Selangor dan Shah Alam sepanjang melanjutkan pengajian diperingkat diploma hingga ke peringkat Sarjana. Memulakan kerjaya sebagai Pegawai Katering di JT International Tobacco Sdn. Bhd. pada tahun 2007 dan pensyarah pada tahun 2009. Disamping mengajar beberapa kursus seperti pengurusan perkhidmatan makanan, pembangunan menu, asas masakan barat dan timur, beliau juga merupakan penasihat MQA Diploma Seni Kulinari di Kolej-Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

Raja Puteri Saadiah Raja Abdullah, seorang Pensyarah Kanan yang telah berkhidmat lebih dari 20 tahun di Jabatan Pengurusan Makanan Perkhidmatan, Fakulti Hotel dan Pengurusan Pelancongan, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau juga memiliki Diploma dan Sarjana Muda di dalam bidang Pengurusan Perkhidmatan Makanan (UiTM) serta Sarjana dari Florida International Universiti, Miami USA (2002-2004) dalam bidang Pengurusan Hospitaliti dan kini sedang menyempurnakan pengajian PhD beliau di dalam bidang Pengurusan Perkhidmatan Makanan (Inovasi dalam Pengurusan Restoran Melayu di Malaysia) di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang. Mempunyai pengalaman yang luas di bidang pengurusan perkhidmatan makanan dan inovasi perkhidmatan makanan.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.