image
RM 41.00

Buku Makhluk Perosak Mangga Harumanis dan Pengurusannya merupakan panduan komprehensif yang membincangkan ancaman utama terhadap tanaman mangga Harumanis, iaitu rumpai, serangga perosak, dan penyakit bawaan kulat serta bakteria. Setiap perosak dan penyakit diterangkan dengan terperinci, termasuk ciri-ciri morfologi, kitaran hidup, gejala serangan, dan kaedah kawalan yang berkesan. Buku ini menekankan pendekatan pengurusan bersepadu yang menggabungkan kaedah kawalan mekanikal, fizikal, biologi, dan kimia untuk memastikan pengeluaran buah yang berkualiti tinggi dan mampan. Disusun khas untuk para petani, pengurus ladang, pegawai pertanian, dan pelajar, kandungannya disampaikan secara ringkas dan mudah difahami. Buku ini diharapkan dapat menjadi rujukan praktikal dalam menguruskan ancaman perosak, seterusnya menyumbang kepada peningkatan hasil dan kelestarian industri mangga Harumanis.


Instructor Biography

Prof. Dr. Chuah Tse Seng dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) pakar dalam bidang Sains Rumpai. Kajian beliau memberi tumpuan kepada pengurusan rumpai, kerintangan rumpai, dan alelopati rumpai.

Prof. Madya Dr. Nur Aida Hashim dan Prof. Madya Dr. Norasmah Basari dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merupakan pakar Entomologi. Mereka mempunyai rekod penyelidikan yang cemerlang dalam pengurusan serangga perosak tanaman.

Prof. Madya Dr. Siti Nordahliawate M. Sidique dari Universiti Malaysia Malaysia Terengganu (UMT) merupakan pakar dalam bidang Patologi Tumbuhan, dengan fokus penyelidikan terhadap pengurusan penyakit tanaman buah-buahan.

Buku ini menghimpunkan kepakaran mendalam penulis dalam memberikan pandangan komprehensif mengenai pengurusan makhluk perosak bagi pokok mangga Harumanis.

  • Unit 515 & 516, Block E, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1
    No. 9, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350,
    Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
  • +6 03-7931 0622
  • [email protected]

Copyright © 2025 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.