LEGASI FILEM NEGARA MALAYSIA: ANIMASI & TRELER TV (1970 - 2000)
Legasi Filem Negara Malaysia: Animasi dan Treler TV (1970-2000) menelusuri sejarah dan perkembangan filem animasi Malaysia melalui karya terbitan Filem Negara Malaysia (FNM), kini FINAS, dari tahun 1970 hingga 2000. la merangkumi tiga era utama—Kolonial, Pasca-Kolonial, dan Kontemporari-serta menyoroti sumbangan juruanimasi tempatan. Beberapa animasi ikonik seperti Hikayat Sang Kancil, Kisah & Teladan, dan Treler Animasi TV turut dianalisis sebagai warisan penting dalam industri animasi tanah air.
Instructor Biography
Azahar Harun adalah seorang pensyarah kanan di Fakulti Seni & Reka Bentuk, UiTM Cawangan Melaka. Beliau memperoleh diploma dalam reka bentuk landskap dari ITM Shah Alam pada tahun 1991, dan Ijazah Sarjana Muda Senireka Grafik dari Northeastern University, Boston, Massachusetts, USA, pada tahun 1997. Pada tahun 2000, beliau melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam Teknologi Pendidikan di UTM Johor dan seterusnya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah Seni Lukis & Seni Reka, dalam bidang Komunikasi Visual & Media Baharu dari UiTM pada tahun 2013. Pada tahun 1991, beliau memulakan kerjaya sebagai pereka bentuk landskap di Garden & Landscape Center Pte. Ltd, Singapura.
Semasa menuntut di Northeastern University, Boston, Amerika Syarikat, beliau bekerja sebagai pelatih reka bentuk grafik di The Patriot Ledger di Quincy, Massachusetts, dan di Irma S. Mann Strategic Marketing di Newbury Street, Boston. Massachusetts. Pada tahun 1997, beliau kembali ke tanah air dan memulakan kerjaya sebagai pakar media. Kerjaya beliau sebagai pensyarah muda bermula pada tahun 2000 di Politeknik Johor Bahru (kini Politeknik Ibrahim Sultan). Pada tahun 2003, beliau menyertai Fakulti Senilukis & Seni Reka (FSSR) di UiTM Cawangan Melaka dan berkhidmat di sana hingga kini. Pada masa ini, Azahar membimbing pelajar sarjana dan kedoktoran dari dalam dan luar negara dengan fokus kepada media baharu dan komunikasi visual. Beliau juga merupakan ketua editor untuk sebuah jurnal berjudul International Journal of Art and Design (IJAD), ahli bersekutu Institut Seni Nusantara (INSAN) dan Adobe Creative Master. Bidang kepakaran beliau merangkumi reka bentuk grafik, reka bentuk dalaman, multimedia, reka bentuk UI & UX, animasi 2D & 3D, serta reka bentuk laman web.
Related Courses
Copyright © 2025 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.