image

Buku ini membincangkan tentang penilaian secara umum dan penilaian program secara khusus. Struktur organisasi buku ini disusun berasaskan kepada dua fokus utama iaitu fokus pemikiran asas, falsafah, konsep asas, pendekatan dan model penilaian program; dan fokus merancang, menjalankan, melaporkan dan menyebarkan hasil penilaian. Ia disusun sedemikian rupa bagi memudahkan pembaca memahami dan meneliti teori, pendekatan serta mode; yang sesuai dengan isu, soalan dan fokus penilaian yang hendak dirancang dan dijalankan.


Instructor Biography

Prof. Emeritus Dato’ Dr. Othman bin Lebar mendapat pendidikan rendah dan menengah di Beranang, sebelum melanjutkan pelajaran dalam pendidikan guru di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim pada tahun 1972-73. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya dalam bidang Pengajian Asia Tenggara pada tahun 1979, Ijazah Sarjana dalam bidang Pengujian, Pengukuran dan Penilaian Pendidikan di Michigan State University, USA pada tahun 1987 dan Ijazah Kedoktoran Falsafah dalam bidang Penilaian Pendidikan di Centre for Applied Research in Education, University of East Anglia, UK pada tahun 1996.

Siti Salina binti Mustakim adalah seorang Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Beliau mendapat pendidikan awal dan menengah di Selangor, dan meneruskan pengajian dalam bidang Diploma Sains Kesetiausahaan (UiTM), Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESL) dengan Kepujian (UiTM), Ijazah Sarjana Pendidikan (TESL) (UPM), dan Ijazah Falsafah Kedoktoran Pengukuran Pendidikan (UPSI). Semasa melaksanakan program Felo di Graduate School of Education and Human Development, Nagoya University, Japan, beliau telah melaksanakan kajian komparatif di sekolah-sekolah di daerah Nagoya, Jepun pada tahun 2014. Beliau memiliki pengalaman sebagai seorang guru di sekolah sebagai langkah permulaan dalam bidang pendidikan pada tahun 2004.

  • Unit 516, Block E, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1
    No. 9, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350,
    Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
  • +6 03-7772 5259
  • [email protected]

Copyright © 2025 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.