image
RM 28.00

Buku Kepelbagaian Model Pembelajaran Teradun dalam Pendidikan Digital ini merupakan sebuah buku panduan asas dalam penggunaan model-model pembelajaran teradun yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pendidikan. Perkembangan teknologi dalam bidang pendidikan telah menjadikan budaya pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan berubah ke arah pendidikan digital. Kepelbagaian model pembelajaran teradun dalam buku ini dapat membantu para pendidik untuk memilih kaedah pengajaran yang sesuai mengikut situasi dan keadaan di sekolah, kolej atau universiti. Buku ini diharapkan dapat membantu para pendidik mempraktikkan amalan pembelajaran dan pembelajaran yang berkonsepkan pembelajaran teradun dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran yang lebih berkesan.


Goals/Objectives

Diharapkan penerbitan buku ini, dapat membantu para pendidik mempraktikkan amalan pengajaran dan pembelajaran yang berkonsepkan blended learning dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran yang lebih berkesan.

Instructor Biography

Ts. Prof. Madya Dr. Mohd Azlan bin Mohammad Hussain adalah pensyarah kanan di Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI). Memiliki PhD. dalam bidang Workforce Education and Development dari The Pennsylvania State Universiti U.S.A. dan Sarjana dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional daripada Universiti Teknologi Malaysia. Sebagai Pensyarah kanan dalam bidang Teknikal dan Vokasional (TVET), penulis berpengalaman luas dalam pengajaran, penyeliaan, pembangunan dan penilaian modul-modul serta inovasi pembelajaran TVET termasuklah modul pembelajaran berasaskan digital dan teknologi.


Ts. Dr. Anesman Buangraya Wenge bin Abdul Rahman merupakan seorang pensyarah Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia dalam bidang Teknologi Elektronik. Beliau
merupakan pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kajian menarik beliau adalah membangunkan sebuah Modul Pembelajaran Teradun Berasaskan Inkuiri secara dalam talian untuk pengajaran dan pembelajaran. Beliau juga aktif dalam pembangunan dashboard data dan pengaturcaraan. Selain itu, beliau sering terlibat sebagai panel juri pertandingan inovasi peringkat kebangsaan dan antarabangsa berkaitan dengan produk elektronik dan teknologi maklumat.

  • Unit 515 & 516, Block E, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1
    No. 9, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350,
    Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
  • +6 03-7931 0622
  • [email protected]

Copyright © 2025 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.