image

Citra Komsas mengandungi 12 bab dan disusun khusus untuk memenuhi keperluan guru-guru, bakal-bakal guru, pelajar universiti dan maktab-maktab perguruan dan siapa yang berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu (komsas) bagi memperlengkap pengetahuan dan persediaan untuk mengajar subjek Bahasa Melayu dengan yakin.

Citra Komsas ini membincangkan pelbagai aspek penting yang terkandung dalam komsas dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu. Contoh-contoh konkrit yang dipetik daripada genre kesusasteraan Melayu yang menjadi teks komsas, seperti yang ditetapkan bagi tingkatan satu hingga lima telah digunakan untuk memudahkan para pembaca memahami sesuatu idea atau konsep yang dibincangkan. Yang lebih praktik lagi Citra Komsas dilengkapkan dengan contoh-contoh persediaan mengajar komsas mengikut format terkini berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Persediaan mengajar ini sangat berguna dan dapat membantu para guru, bakal guru dan pelajar IPT bagi menyempurnakan tugasan dan hasil kerja mereka.

Oleh sebab buku seumpama ini belum banyak ditulis, maka Citra Komsas ini insya-Allah dapat menangani masalah yang asa dan amat bermanfaat digunakan sebagai rujukan oleh guru-guru, pelajar IPT, pengkaji bahasa dan sastera, pencinta bahasa, sastera dan budaya, ahli bahasa dan juga semua golongan pembaca. 


Instructor Biography

Nik Hassan Basri Nik Ab.Kadir lahir di Kg.Penambang Hilir, Kota Bharu, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Redang English School. Selepas itu menamatkan pendidikan menengah atas di Sultan Ismail College, Kota Bharu, Kelantan. Lulusan Ijazah Muda Pendidikan dari UPM dalam PBMP dan Sarjana dalam Pengajian Bahasa Moden dari Universiti Malaya. Kini sedang mengikuti pengajian peringkat Ph.D di Universiti Malaya dalam bidang Morfologi.

Pernah bertugas sebagai guru di Kelantan, pensyarah di MPKT, Terengganu dan Penyelaras serta Pensyarah Sambilan di Universiti Malaya, Cawangan Kelantan. Kini, bertugas sebagai pensyarah kanan di Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Antara penulisan buku terbitan UPSI yang dihasilkannya ialah Teori Bahasa dan Stilistik Komsas.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.