image

Adalah sebuah buku yang memaparkan aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan peringkat kefahaman numerasi secara seronok. Peringkat kefahaman numerasi ini mempunyai empat peringkat kefahaman iaitu peringkat pertama pentaksiran kod (decoding), peringkat kedua pemerolehan pengetahuan (meaning making), peringkat ketiga aplikasi (using) dan peringkat keempat analisis (analysing).


Instructor Biography

Siti Rahaimah Ali merupakan seorang pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Pendidikan Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak dan telah berkhidmat di UPSI pada Julai 2017 sehingga kini. Sebelum ini, beliau merupakan pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan selama 11 tahun, dan guru Matematik di sekolah rendah selama 10 tahun. Penulis memperoleh Diploma Pendidikan Matematik di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Kedah (1996), Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan Matematik di Universiti Teknologi Malaysia (2004). Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang Sarjana Pendidikan Matematik dengan ICT di Universiti Malaya (2006) dan mendapat Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Matematik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (2014). Penulis telah dianugerahkan International Education Awards (2018) oleh UNESCO, International Young Scientist Award oleh IAMFR (2021), Anugerah Distinguished Scientist in Mathematics oleh VIRA (2019), dan Anugerah Buku Prolifik dari UPSI (2021). Penulis juga aktif dalam bidang inovasi pendidikan di mana telah menerima Gold HID (2018), Gold MICE (2018), Silver ITEX (2018), Bronze AIRE (2018), Gold ITEX (2016), Silver SIFF (2016), Silver MTE 2013, Most Outstanding Video Award (2022), dan Emas Base L-T Maths (2022).

  • Unit 516, Block E, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1
    No. 9, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350,
    Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
  • +6 03-7772 5259
  • [email protected]

Copyright © 2025 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.