image

Modul RoBaLMaTe (Robot-based Learning Mathematics Teaching) ini merupakan satu
modul pengajaran yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pemulihan matematik
bagi tajuk Nombor Bulat sekolah rendah. Modul ini dibangunkan untuk kegunaan murid-
murid Program Pemulihan Khas sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran
kemahiran pemulihan bagi tajuk nombor bulat. Modul ini dikhususkan kepada murid
pemulihan tahap satu yang berada pada tajuk nombor bulat bagi kemahiran 3, iaitu
mengenal nombor bulat. Mereka akan belajar nilai nombor, menulis nombor, rangkaian
nombor dan nilai tempat. Aktiviti dalam modul RoBaLMaTe ini berorientasikan aktiviti
menggunakan robot RERO. Modul RoBaLMaTe ini mempunyai rancangan pengajaran
harian yang dibekalkan bersama-sama robot RERO dalam modul ini.
Modul RoBaLMaTe ini direka bentuk berdasarkan konsensus pakar selaras dengan
matlamat utama program pemulihan khas. Modul ini direkabentuk menggunakan teori
konstruktivisme mengikut proses adaptasi Piaget (1952) dan konsep Zon Perkembangan
Proksimal Vygotsky (1978) untuk meningkatkan kemahiran pemulihan matematik bagi
tajuk nombor bulat.
Modul ini adalah untuk memilih Kemahiran Pemulihan Matematik yang bersesuaian
dengan persekitaran murid pemulihan berpandukan Buku panduan pengajaran dan
pembelajaran matematik program pemulihan khas. Secara keseluruhannya, modul ini
mengandungi panduan penggunaan robot dengan 10 rancangan pengajaran harian dan
lembaran kerja. Rancangan pengajaran harian yang disertakan dalam modul ini terdiri
daripada tajuk masalah pembelajaran sebagai panduan kepada guru pemulihan untuk
mengajar kemahiran pemulihan nombor bulat.
Modul RoBaLMaTe ini diedarkan bersama sebuah Kit RoBaLMaTe yang dilengkapi
dengan bahan-bahan yang digunakan bersama-sama aktiviti-aktiviti pengajaran dalam
modul ini. Kesemua bahan ini saling melengkapi antara satu sama lain sebagai satu set
yang lengkap dan dinamakan sebagai Modul RoBaLMaTe


Goals/Objectives

Modul RoBaLMaTe ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Kemahiran Pemulihan
Matematik bagi tajuk Nombor Bulat dalam kalangan murid pemulihan Program Pemulihan Khas sekolah rendah menggunakan robot RERO. Modul RoBaLMaTe ini disasarkan kepada murid pemulihan tahap 1 daripada tahun 1, 2 dan 3 yang mempunyai tahap penguasaan rendah.
Murid pemulihan merupakan murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam mata
pelajaran Matematik. Kebanyakan murid ini gagal memahami pembelajaran matematik. Untuk itu, modul ini bertujuan untuk menggunakan pembelajaran berasaskan robot bagi meningkatkan kefahaman murid terhadap pembelajaran matematik. Modul RoBaLMaTe ini dibangunkan supaya membantu guru pemulihan untuk mengajar kemahiran pemulihan nombor bulat. Modul ini dapat memberi panduan kepada guru-guru pemulihan untuk merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Modul pengajaran ini dijangka dapat membantu murid pemulihan lebih memahami dan
menguasai kemahiran pemulihan nombor bulat. Murid dijangka lebih bermotivasi dan terlibat secara aktif dalam pembelajaran matematik yang akan membawa kepada peningkatan prestasi akademik mereka. Guru akan dapat melaksanakan pengajaran yang lebih berkesan dengan bantuan modul ini. Selain itu, murid diharapkan menjadi lebih yakin dan kurang gementar terhadap matematik lalu menjadikan pembelajaran matematik lebih menarik dan menyeronokkan. Modul ini juga direka untuk memenuhi keperluan pembelajaran murid dengan pendekatan yang disesuaikan.
Guru pemulihan boleh menggunakan modul RoBaLMaTe sebagai rujukan dan panduan
guru untuk mengajar kemahiran pemulihan nombor bulat. Modul ini boleh dijadikan sebagai
contoh atau panduan untuk mengajar kemahiran pemulihan nombor bulat dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Instructor Biography

Theinmoli Munusamy dilahirkan di Ipoh, Perak. Beliau adalah anak kepada mendiang En.Munusamy dan Pn. Dhanalakshmi. Menerima pendidikan awal di SJKT Ladang Changkat Salak, Sg Siput(U) Perak. Seterusnya menerima pendidikan di SMK Datuk Haji Abdul Wahab Sg. Siput(U), Perak. Menyambung pelajaran Tingkatan 6 di SMK Shing Chung, Sg Siput(U), Perak.

Beliau menerima Hadiah Latihan Persekutuan(HLP) daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat kedoktoran dalam Teknologi Pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris di bawah seliaan Prof. Madya Dr. Ing. Maizatul Hayati binti Mohamad Yatim. Beliau memiliki jazah Sarjana Pendidikan Multimedia daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Ijazah Teknologi Maklumat (Pengajian Multimedia) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ipoh,Perak.

Theinmoli merupakan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2015. Dari sudut kerjaya, beliau mempunyai pengalaman mengajar selama 12 tahun dan menjawat jawatan Penolong Pengarah Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar. Beliau juga pernah menjalankan tugas sebagai jurulatih bengkel bimbingan penulisan rancangan pengajaran harian (RPH) Pemulihan Khas. Beliau juga telah menulis dan menerbitkan artikel ilmiah dalam jurnal di dalam dan luar negara berkaitan pendidikan.

  • Unit 516, Block E, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1
    No. 9, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350,
    Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
  • +6 03-7772 5259
  • [email protected]

Copyright © 2025 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.