image

Mesir amat dikenali sebagai pusat pengajian Islam antarabangsa sejak berkurun lamanya. Universiti al-Azhar di Kaherah, Mesir merupakan institusi pengajian Islam yang paling menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia untuk melanjutkan pengajian Islam sejak penubuhannya pada akhir abad ke-10 lagi selain terdapat banyak lagi institusi pengajian tinggi terkemuka di Mesir.


Instructor Biography

Muhammad Hafiz bin Samsudin dilahirkan pada 26 Julai 1990 di Bandar Diraja Klang, Selangor. Mendapat pendidikan awal sekolah rendah dan menengah di beberapa buah sekolah di sekitar negeri Selangor dan Negeri Sembilan (antaranya di SAM Hisamuddin Sg. Bertih, Klang, dan di SMA Dato' Klana Petra Ma'amor, Ampangan) sebelum menamatkan persekolahan peringkat SPM di Maahad Pontian, Johor. Pada tahun 2008, penulis mendapat tawaran belajar di peringkat pengajian Asasi Usuluddin selama dua tahun di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, cawangan Nilam Puri, Kelantan, sebelum berpindah ke kampus utama Universiti Malaya di Kuala Lumpur untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin (Sejarah dan Tamadun Islam) dari tahun 2010 hingga 2014. Sejurus menamatkan pengajian, penulis melanjutkan lagi pengajian juga di Universiti Malaya sehingga memperoleh Sarjana Sastera (Sejarah) pada tahun 2016. Penulis juga pernah aktif menulis puluhan artikel ilmiah di laman web rasmi dan e-majalah The Patriots dengan menggunakan nama pena Hafizal-Kalanji. Kini, penulis berkhidmat sebagai guru Al-Qur'an pemegang tauliah dari MAIS di sebuah pusat pengajian al-Qur'an di Klang sejak tahun 2018.

  • Unit 516, Block E, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1
    No. 9, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350,
    Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
  • +6 03-7772 5259
  • [email protected]

Copyright © 2025 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.