image

Buku ini mengandungi enam artikel ilmiah yang membincangkan cerita rakyat dan bahasa daripada pelbagai masyarakat etnik di Sarawak, khasnya etnik Punan, Vaie, Kadayan, Bidayuh Bau-Jagoi dan Melayu Sarawak. Berdasarkan kerja lapangan dan analisis yang mendalam, setiap bab dalam buku ini memberikan pengetahuan yang berharga tentang warisan budaya dan kepelbagaian bahasa dalam masyarakat etnik Sarawak. Ia merupakan salah satu sumber bacaan yang boleh dijadikan sebagai rujukan bagi sarjana, pelajar dan peminat bahasa dan budaya. Menelurusi daripada naratif mistik Punan hingga ke sistem fonologi Dialek Melayu Sarawak, kompilasi ini turut menjemput para pembaca untuk meneroka cerita rakyat dan bahasa masyarakat etnik di Sarawak.


Instructor Biography

Yvonne Michelle Campbell merupakan pensyarah kanan di Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi, UNIMAS. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Inggeris daripada Universiti Putra Malaysia, Ijazah Sarjana dalam Bidang Linguistik Sastera daripada University of Nottingham dan seterusnya, Ijazah Kedoktoran dalam bidang Etnolinguistik daripada Universiti Malaya. Bidang kepakaran dan penyelidikan beliau berfokus kepada Linguistik Antropologi, kajian budaya, khasnya tradisi lisan serta kajian bahasa masyarakat Bidayuh di Sarawak.

Mary Fatimah Subet ialah pensyarah kanan di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PBMP) (Kep.) dari Universiti Putra Malaysia, Ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Moden dari Universiti Malaya, Doktor Falsafah (Linguistik) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Diploma Pascasiswazah dari UNIMAS. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai seorang guru di peringkat menengah atas selama 15 tahun. Kajian beliau banyak tertumpu dalam bidang Sematik, Pragmatik, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Melayu serta Dialek Melayu Sarawak. Beliau turut terlibat dalam kajian perihal bahasa peribumi Sarawak seperti Bahasa Bidayuh dan Bahasa Melanau. Beliau aktif dalam bidang penulisan, penyelidikan dan penerbitan.

  • Unit 516, Block E, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1
    No. 9, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350,
    Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
  • +6 03-7772 5259
  • [email protected]

Copyright © 2025 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.