image

Buku Pendidikan Awal Kanak-Kanak: Penglibatan Keluarga dan Komuniti di TASKA dan TADIKA memperkenalkan aspek-aspek penting yang mesti diketahui oleh guru dan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Kandungan buku ini juga membolehkan guru mengenal pasti latarbelakang keluarga dan persekitaran kanak-kanak di sekolah dan di rumah.


Instructor Biography

Profesor Dr. Nordin Mamat adalah pakar dalam pendidikan awal kanak-kanak di Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjong Malim, Perak. Berpengalaman sebagai Ketua Jabatan, Timbalan Dekan HEPA, dan kini beliau merupakan Pengarah Pusat Pedagogi, Penyelidikan dan Inovasi, UPSI. Berkelulusan PhD Pendidikan Awal Kanak-kanak dari Faculty of Education, University of Strathclyde, Glasgow, Scotland, United Kingdom (UK). Kepakaran beliau diiktiraf melalui pelantikan sebagai ahli panel penilai program dan Timbalan Pengerusi dan Penulis Standard penggubalan dan semakan Program Standard: Pendidikan Awal Kanak-kanak, Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysia Qualification Agency).


Profesor Madya Dr. Abdul Talib Mohamed Hashim adalah pakar dalam bidang sosiologi pendidikan di Jabatan Pengajian Pendidikan. Beliau bertugas sebagai Dekan Fakulti Pembangunan Manusia di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau pernah menjadi Ketua Jabatan Pengajian Pendidikan dan Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa. Beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai pendidik dan pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggung Ibrahim. Beliau berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam Sosiologi Pendidikan dan University of Durham, United Kingdom.

  • Unit 516, Block E, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1
    No. 9, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350,
    Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
  • +6 03-7772 5259
  • [email protected]

Copyright © 2025 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.