image

Buku ini membincangkan peranan geografi dan alam sekitar dalam pendidikan negara. Buku ini memuatkan 21 bab dan dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu bahagian pertama berkaitan dengan geografi dalam pendidikan negara manakala bahagian kedua menghuraikan peranan alam sekitar dalam pendidikan negara. Antara tajuk yang dibincangkan secara terperinci ialah pendekatan baru dalam pengajaran dam pembelajaran geografi, kemahiran krisis dalam geografi dan kebolehan ruangan dan penguasaan kemahiran peta. Buku ini turut memberi ulasan tentang pengambilan mata pelajaran geografi di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia serta keperluan penterjemahan buku dalam bidang geografik. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, sistem maklumat geografi, dan internet dalam mata pelajaran geografi turut dijelaskan dalam buku ini. Buku ini turut membincangkan pendidikan alam sekitar di institusi pengajian tinggi. Ulasan terhadap keperluan pendidikan berterusan, peranan undang-undang dan kesedaran masyarakat dalam menjaga alam sekitar turut dimuatkan dalam buku ini. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan bagi tenaga pengajar dan pelajar yang mengambil kursus kaedah pengajaran geografi dan isu-isu serta kurikulum geografi.


Instructor Biography

Mazdi Marzuki memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (Geografi dan Antropologi & Sosiologi) pada tahun 1998 dan Sarjana Sastera (Geografi) pada tahun 1999 dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Geografi, Universiti Pendidikan Sultan Idris sejak tahun 2000. Beliau turut terlibat dalam aktiviti penyelidikan yang berkaitan dengan bidang geografi manusia khususnya kajian pengangkutan. Kini beliau melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah di Universiti Malaya dalam bidang Geografi.

Mohmadisa Hashim seorang pensyarah di Jabatan Geografi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau aktif dalam aktiviti penyelidikan yang berkaitan dengan pendidikan geografi dan pengurusan alam sekitar.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.