Kamus Tribahasa Melayu-Itali-Mandarin


Kamus Tribahasa Melayu-Itali-Mandarin merupakan kamus yang menggabungkan bahasa Melayu, Itali dan Mandarin. Kamus ini dihasilkan dengan matlamat untuk memperkukuhkan kefahaman dan penguasaan bahasa dalam kalangan pengguna yang ingin mempelajari atau meningkatkan kemahiran dalam ketiga-tiga bahasa ini. Kamus ini ditujukan kepada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk pelajar, pendidik, penterjemah, ahli perniagaan dan sesiapa sahaja yang berminat untuk menguasai bahasa Melayu, Itali, dan Mandarin. Kamus ini juga sangat berguna bagi mereka yang terlibat dalam urusan perdagangan antarabangsa, pelancongan, dan hubungan diplomatik.
Instructor Biography
HO WEE CHEE (PhD) ialah pensyarah bahasa Mandarin di Jabatan Bahasa Asia dan Eropah, Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Tesis doktor falsafah beliau adalah dalam bidang perkamusan. Beliau juga merupakan seorang ahli leksikografi yang berpengalaman luas.
MOHD RIDZUAN ABDUL MALEK (MA) telah berkhidmat di Universiti Teknologi MARA sebagai pensyarah Bahasa Perancis, Itali dan Sepanyol sejak tahun 1992. Beliau telah memegang beberapa jawatan pentadbiran, termasuk Ketua Unit Bahasa Perancis, Koordinator, Timbalan Dekan dan Pemangku Dekan. Beliau merupakan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang UiTM sebanyak empat kali. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Bahasa Perancis (Kanada) dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (AS). Beliau telah mempelajari bahasa Inggeris, Perancis, Itali, Sepanyol, Arab dan Mandarin di universiti di Malaysia, Amerika Syarikat, Perancis, Kanada, Mexico dan Itali. Beliau ialah penulis kepada beberapa buah buku dan kamus. Beliau telah menterjemah banyak dokumen serta menerbitkan pelbagai buku terjemahan dari pelbagai bahasa dalam genre yang berlainan.
PIERMAURO CATARINELLA (PhD) dilahirkan di Rom, Itali, pada 6 Jun 1964, dan mendapat Ph.D. pada tahun 1991 di Universiti Rom "La Sapienza". Beliau ialah seorang peguam dan hakim kehormat di Mahkamah Majistret Rom (Itali). Sejak 2001, beliau telah menjadi pensyarah dalam bahasa Itali di Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Beliau menulis banyak artikel untuk "Giurisprudenza di Merito" (semakan undang-undang yang terkenal di Itali) dan juga untuk "The Journal of Language Studies," yang diterbitkan oleh Universiti Teknologi MARA.
TEO AI MIN (MMLS) ialah pensyarah kanan Bahasa Mandarin di Jabatan Bahasa Asia dan Eropah, Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA. Beliau telah mengajar bahasa Mandarin kepada pelajar bukan penutur jati lebih daripada 20 tahun. Penyelidikan beliau fokus kepada pedagogi bahasa Mandarin, khususnya dalam konteks pemerolehan bahasa ketiga atau bahasa asing. Selain itu, beliau turut terlibat dalam penulisan buku teks dan buku latihan bahasa Mandarin untuk pelajar bukan penutur jati.
LEE SEK YUI (MA) ialah pensyarah kanan di Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Beliau mempunyai lebih daripada 15 tahun pengalaman mengajar bahasa Mandarin. Beliau juga merupakan penulis buku teks untuk Pengajaran Bahasa Cina sebagai Bahasa Kedua (PBCBK).
MUHAMMAD USAMAH MOHD RIDZUAN (MA) merupakan seorang pensyarah bahasa Perancis di Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang. Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dari Université de Franche-Comté dalam bidang pengajaran bahasa Perancis sebagai bahasa asing. Beliau sudah berpengalaman mengajar bahasa asing melebihi lima tahun dengan pelajar pelbagai warganegara. Beliau juga telah berkolaborasi dalam penulisan buku Crème Brulée 1, Crème Brulée II, Mon Livre I, Bon Courage I, Bon Séjour I, Bon Séjour II dan È Facile I. Beliau mempelajari dan selalu menggunakan bahasa Itali sepanjang pengajiannya di Eropah.
Related Courses
Copyright © 2025 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.